Thursday, May 7, 2009

Maaf kerana terpaksa buat rangkuman laporan. Atas sebab kesibukan sehingga x sempat nk update blog ni.


Laporan permainan futsal dan bola tampar


Alhamdulillah, aktiviti mendapat sambutan yg agak menggalakkan. Lepas ni boleh buat lagi. Hehe.




Aktiviti bola tampar


Aktiviti main futsal





Lawatan sambil "belajar"


Sesi lawat melawat orang yg baru dapat baby.. 3 orang staf penerbit yang dapat cahaya mata baru.. Tahniah buat Puan Nur Syakirah Othman (NUSO), Puan Norjannah Rahim (NJ) dan Encik Khairur Rahim Ahmad Hilme (KRAH) atas kehadiran orang baru dalam keluarga anda semua. (",)


Putera Pn NUSO - Adam Saifullah








Putera Pn NJ - Imran Hafiz











putera en KRAH, Ahmad Faris Adib



Bengkel Tudung DIY


Satu bengkel menjahit Tudung DIY telah dijalankan di Taman Buku USM pada 1 mac 2009, bersamaan hari Ahad. Kelas telah dijalankan dengan jayanya, dan semua peserta dapat menyiapkan tudung masing2. Bilangan peserta yang sedikit memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Laporan lanjut akan dimasukkan dalam entri akan datang.
Taklimat "Dilema Ibu Bekerjaya: Mitos dan Salah Tanggapan Penyusuan Susu Ibu"
Satu taklimat berkenaan penyusuan bayi oleh ibu bekerjaya telah diadakan di Taman Buku USM pada 6 mac 2009, pada jam 3 petang. taklimat telah dijalankan oleh Dr Balkees telah mendapat sambutan dalam kalangan staf usm, terutamanya para ibu dan bakal ibu di Penerbit USM. Taklimat yang berlangsung selama 2 jam itu dirasakan amat sekejap, kerana banyak maklumat berkenaan ibu bekerjaya yang masih boleh menyusukan sendiri bayi walaupun sibuk dengan tugas di pejabat, dapat dikongsikan bersama. Laporan lanjut akan di update pada entry akan datang.

PENGUMUMAN...2 IN 1



Monday, February 16, 2009

Perhatian!

Kawan2, jgn lupa turun ke padang futsal dan bola tampar esok ye. bila lg nak mengeluarkan peluh yg dh lama tersimpan tu,kan..hehehe. free lagik. mari, mari!!!

Introducing...

Barisan turus diraja yg memegang tampuk pemerintahan bagi sesi 2009/201o.


Friday, February 13, 2009

Alhamdulillah..

Akhirnya, berjaya juga blog untuk Kelab Kebajikan Penerbit USM ini dilahirkan. Semoga blog ini dapat membantu memberikan informasi-informasi terkini berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Kelab ini, dan semoga semua ahli dapat bekerjasama memberikan komen atau cadangan bagi meningkatkan lagi mutu blog ini. Terima kasih.
-Exco Penerbitan, KKPUSM